Translate

Thursday, January 4, 2018

APMM selamatkan tiga nelayan tersadai di laut bergelora

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Tiga nelayan tradisional menghadapi saat cemas apabila bot fiber yang dinaiki mereka tiba-tiba mengalami kerosakan enjin dalam keadaan laut bergelora semalam.

Kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu tersadai kira-kira tiga jam di tengah laut terselamat apabila menerima bantuan daripada sepasukan anggota Maritim Malaysia (APMM) pada puk'ul 9 malam.

Pengarah Maritim Daerah Terengganu, Kepten Maritim Rahim Ramli berkata, keadaan laut bergelora menyebabkan APMM hanya berjaya menunda bot fiber dinaiki mangsa ke Jeti Pejabat Maritim Terengganu pada pukul 4 pagi tadi.

"Sebelum itu, kami mendapat maklumat bot fiber yang dinaiki tiga mangsa terbabit mengalami kerosakan enjin pada kedudukan kira-kira 14 batu nautika dari muara Sungai Terengganu di sini pada pukul 6.28 petang semalam.

"Sewaktu kejadian, keadaan laut amat bergelora dengan ketinggian ombak mencecah lima meter hingga menyebabkan kesemua mangsa yang mempunyai pengalaman turun ke laut bertahun-tahun tidak dapat menahan muntah sementara menunggu bantuan tiba,"  katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment