Translate

Tuesday, January 9, 2018

Lelaki warga Pakistan tiada lesen memandu disyaki cuba rasuah polis ditahan SPRM

MOHD. AZLI ADLAN

KEMAMAN - Seorang lelaki warga Pakistan ditahan reman selama seminggu sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan cuba menyogok seorang anggota polis pada semalam.

Perintah reman tersebut dibenarkan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek yang berusia 24 tahun disyaki cuba melakukan perbuatan rasuah tersebut ketika sedang memandu kereta di Air Puteh di sini sebelum ditahan anggota polis terbabit.

Beliau berkata, sogokan berjumalah RM200 berkenaan dipercayai sebagai dorongan untuk melepaskan dia daripada dikenakan tindakan undang-undang akibat tidak memiliki lesen memandu.

"Anggota polis terlibat enggan menerima wang rasuah terbabit sebaliknya bertindak menahan suspek seterusnya memaklumkan kejadian tersebut kepada SPRM," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment