Translate

Saturday, January 6, 2018

Mangsa banjir Terengganu tinggal 1,941 orang

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kemaman kini hanya satu-satunya daerah di Terengganu yang masih dilanda banjir selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun ditutup semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, seramai 206 penduduk Kampung Shukor dan Kampung Parit Raja, Dungun telah pulang ke rumah-rumah masing-masing setelah banjir di perkampungan mereka surut sepenuhnya.

"Bagaimana pun, setakat pukul 11 pagi tadi, masih terdapat 1,941 mangsa banjir daripada 451 keluarga yang masih ditempatkan di PPS di seluruh Kemaman.

"Mereka ditempatkan di enam PPS iaitu Surau Pulau Tempurung, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, Dewan Orang Ramai Felda Seberang Tayor, SK Chukai, SK Binjai dan SK Seri Iman," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Che Adam berkata, sembilan PPS di Kemaman telah ditutup dan semua mangsa banjir terlibat telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.


Menurut beliau, Sekteriat Pengurusan Bencana Banjir Terengganu menjangkakan semakin ramai penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing tidak lama lagi memandangkan banjir semakin surut berikutan cuaca diramal cerah sepanjang hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment