Translate

Thursday, January 4, 2018

Guru Besar didakwa salah guna wang zakat

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Kemaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang zakat berjumlah RM5,000 pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Zabidah Sulaiman, 57, yang kini merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gajah, Kemaman membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz.

Berdasarkan pertuduhan, Zabidah yang sewaktu kejadian merupakan Guru Besar SK Cheneh Baru 2, Kemaman didakwa mengemukakan borang akaun terima palsu berhubung penerimaan agihan wang zakat RM5,00 sumbangan Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (Ladang Rakyat Terengganu).

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di bilik mesyuarat Ladang Rakyat Terengganu, Kemaman pada 13 Julai 2015.


Zabidah didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment