Translate

Wednesday, January 3, 2018

Bekas pegawai polis, isteri didakwa menipu peniaga

MOHD. AZLI ADLAN

KEMAMAN - Seorang bekas pegawai polis dihadapkan Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang peniaga sebanyak RM140,000 dalam skim pelaburan tidak wujud pada dua tahun lalu.

Mohd. Salam Zainal Abidin, 31, yang bertugas sebagai pegawai penyiasat berpangkat Inspektor di Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini sewaktu kejadian membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdi.

Isteri tertuduh, Nurul Shahila Saayan, 28, yang merupakan suri rumah turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam pendakwaan penipuan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Salam yang kini bekerja sebagai penolong pegawai keselamatan sebuah syarikat penerbangan tempatan didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 50, melalui Zamri Ismail untuk menyerahkan wang tunai RM140,000 bagi dilaburkan dalam skim pelaburan permodalan hartanah yang sebenarnya tidak wujud.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Kemaman di sini pada pukul 11.48 pagi, 25 Mei 2016. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment