KUALA TERENGGANU – Kumpulan TDM Berhad mengumum kan pembayaran perkongsian ke untungan projek tanaman kelapa sawit berjumlah lebih RM1.16 juta kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).
Ketua Pegawai Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, pembayaran tersebut bagi keuntungan tahun kewangan 2024 projek tanaman kelapa sawit di Ladang Air Puteh, Kemaman.
“Kerjasama strategik TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDMP) menguruskan 1,336 hektar tanaman sawit milik LTAWNT di Ladang Air Putih telah dimeterai sejak tahun 1996.
“Ia contoh kolaborasi yang me maksimumkan potensi industri perladangan negeri,” katanya pada majlis penyerahan pembayaran kepada Setiausaha LTAWNT, Nor Azam A. Rahman @ Yusof di sini, semalam.
Najman berkata, kejayaan ker jasama strategik itu memberi pulangan kewangan yang mampan kepada TDM dan LTAWNT sejak hampir 30 tahun lalu.
Beliau berkata, ia juga menyumbang kepada pem bangunan ekonomi tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan memperkukuh kese jahteraan komuniti setempat.
“Ia membuktikan kekuatan model perniagaan TDM yang mampu mengekalkan prestasi positif biarpun berdepan caba ran harga komoditi global tidak menentu.
“Selain memberi pulangan ke wangan yang signifikan, TDM tu rut menyokong usaha kerajaan negeri meningkatkan produkti viti tanah terbiar,” katanya.

No comments:
Post a Comment