Translate

Tuesday, December 9, 2025

Jurutera rugi RM114,000 ditipu scammer menyamar polis

 KEMAMAN – Disebabkan terlalu takut dikenakan tindakan undang-undang kerana didak wa kononnya terlibat dengan sindiket keldai akaun, seorang jurutera rugi RM114,000 akibat diperdaya sindiket penipuan atau scammer. 

Lelaki berusia 31 tahun yang menyedari tertipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, pada mulanya, mangsa telah dihubungi individu mendakwa kononnya pegawai Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Suspek mendakwa mangsa kononnya disyaki terlibat dalam sindiket keldai akaun.

 “Mangsa diarahkan membayar sejumlah wang bagi mengelakkan tindakan perundangan diambil ke atasnya,” katanya ke tika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 

Mohd. Razi berkata, bimbang dengan dakwaan tersebut, ju rutera terbabit telah melakukan lima transaksi pindahan wang berjumlah keseluruhan RM114,000. 

Beliau berkata, transaksi itu dimasukkan menerusi empat akaun bank yang diberikan suspek antara 6 hingga 7 Jun lalu. 

“Mangsa menyedari telah ditipu setelah nombor telefonnya disekat suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment