KUALA TERENGGANU - Gara-gara gelabah melihat sekatan jalan raya (SJR), ahli sindiket pengedaran dadah sanggup meninggalkan dua kenderaan yang membawa 198.9 kilogram (kg) syabu di Felda Belara, Kuala Nerus baru-baru ini.
Dadah bernilai RM6.36 juta itu dijumpai dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mercedes-Benz C180 dan kereta Perodua Myvi yang ditinggalkan di tepi jalan tanah rancangan tersebut pada pukul 5 petang.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairud din berkata, dua kenderaan itu dikesan cuba melarikan diri daripada SJR di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu ber hampiran Sungai Ikan di sini.
“Dua kenderaan itu berpa tah balik ke arah Kota Bharu bagi mengelak pemeriksaan SJR sebelum dikejar kereta peron da polis.
“Anggota polis kemudian menemukan dua kenderaan tersebut yang ditinggalkan kira kira lima kilometer dari lokasi SJR,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kon tinjen (IPK) Terengganu di sini semalam.
Mohd. Khairi berkata, pemeriksaan ke atas kedua dua kenderaan itu menemui sebanyak 188 bungkusan me ngandungi ketulan kristal disyaki syabu.
Bahan terlarang itu dibungkus dalam bungku san teh Cina yang diletakkan di dalam kotak polisterina.
“Dadah itu dipercayai dibawa dari negeri jiran dan menjadikan Terengganu seba gai lokasi transit sebelum di pasarkan ke negeri-negeri lain termasuk Lembah Klang.
“Bekalan dadah itu boleh memenuhi permintaan 994,550 penagih sekiranya terlepas ke pasaran,” katanya.
Gerakan memburu ahli sindiket dadah tersebut sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Da dah Berbahaya 1953.

No comments:
Post a Comment