Translate

Thursday, December 25, 2025

Ibu bapa pastikan anak bawah 16 tahun tak daftar media sosial

KUALA TERENGGANU – Ibu bapa digesa memainkan peranan memastikan anak mereka berusia bawah 16 tahun tidak mendaftar akaun media sosial berikutan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 pada 1 Januari depan. 

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin berkata, larangan penggunaan media sosial terhadap kanak-kanak dan remaja bawah 16 tahun perlu dipatuhi demi keselamatan golongan tersebut. 

“Ibu bapa perlu bijak imbangi kebebasan anak-anak dengan pengawasan yang lembut tetapi tegas. “Peranan ibu bapa sangat penting, dunia digital anak-anak tidak boleh dibiarpun tanpa panduan,” katanya ketika merasmikan Karnival Kempen Internet Selamat peringkat Terengganu di sini semalam. 

Nik Kamaruzaman berkata, selain warga emas, kanak-kanak juga merupakan golongan paling berisiko terdedah dengan ancaman siber seperti buli digital, penipuan dalam talian, akaun palsu dan eksploitasi . 

Beliau berkata, larangan penglibatan kanak-kanak dan remaja dalam media sosial merupakan inspirasi global dengan Australia telah menguatkuasakannya pada Rabu lalu. 

“Komuniti juga perlu terlibat melindungi golongan kanakkanak dan remaja daripada ancaman siber. 

“Kita perlu sama-sama menyuburkan budaya menegur, melapor dan mencegah perilaku tidak sihat,” katanya.

 “Kita mahu rakyat bukan sahaja celik digital tetapi juga beradab digital,” katanya

No comments:

Post a Comment