KUALA NERUS – Universiti swasta disyorkan melaksanakan Inisiatif Dapur Siswa bagi membantu pelajar golongan B40 menangani beban kewangan dan kos sara hidup.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, inisiatif tersebut yang kini mula dirintis di universiti awam seluruh negara bertujuan memastikan tiada pelajar kelaparan akibat masalah kewangan.
Beliau berkata, Inisiatif Dapur Siswa membolehkan pelajar ter libat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran sekali gus mengelak mereka keciciran akibat tekanan kewangan.
“Saya telah tekankan kepada semua mahasiswa dan naib naib canselor memaklumkan kepada kita, jangan membiarkan mereka (pelajar) yang mempunyai masalah kesulitan kewangan sehingga terpaksa berhenti (belajar). Yang itu kita tidak boleh terima.
“Kita faham ada antara mereka yang mengalami kesempitan kewangan keluarga,” katanya selepas program In Person with Doc Zam sempena program Semarak Kampus Madani di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini malam kelmarin.
Terdahulu, kira-kira 15 peratus pelajar universiti awam dan swasta negara ini mengakui pernah berdepan masalah kekura ngan makanan akibat kekangan kewangan.
Zambry berkata, beliau percaya segelintir pelajar universiti swasta turut berdepan kekangan kewangan akibat kos sara hidup masa kini.
Beliau berkata, Inisiatif Dapur Siswa merupakan sebahagian pendekatan Semarak Kam pus Madani yang bertujuan mendekati dan menjaga keba jikan pelajar universiti seluruh negara.
“Semarak Kampus Madani tu rut menjadi platform mendengar pandangan pelajar universiti se cara terbuka bagi membolehkan tindakan segera diambil.
“Ia juga program kebajikan yang mampu membentuk bu daya saling membantu antara warga universiti,” katanya.
Tambah beliau, UniSZA misalnya telah memulakan inisiatif tersebut dengan menyediakan makanan setiap hari kepada 300 pelajarnya yang kurang berkemampuan.

No comments:
Post a Comment