DUNGUN – Seorang suri rumah kerugian RM105,700 selepas diperdaya sindiket penipuan atau scammmer yang mendakwa dia bakal dikenakan tindakan pe rundangan kerana terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram.
Mangsa berusia 41 tahun yang menyedari telah tertipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini kel digodam sebelum panggilannya disambung pula kepada suspek lain kononnya pegawai penyiasat polis marin.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, pada mulanya wanita tersebut telah dihubungi oleh individu memperkenalkan diri sebagai kakitangan Suruhan jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 19 Julai lalu.
“Mangsa didakwa kononnya nombor telefonnya telah digodam sebelum panggilannya disambung pula kepada suspek lain kononnya pegawai penyiasat polis.
“‘Pegawai penyiasat’ itu ke mudian mendakwa pengadu terlibat dalam kes jenayah pengubahan wang haram sebelum panggilan terbabit disambung kepada suspek lain pula yang kononnya pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Maizura berkata, suri rumah terbabit kemudian diarahkan membuat pemindahan wang kononnya untuk semakan siri wang tunai bagi penyelesaian kes.
Beliau berkata, wanita tersebut yang ketakutan kemudian mengikut arahan suspek.
“Mangsa memindahkan wang simpanannya berjumlah keseluruhan RM105,700 ke dalam empat akaun bank berbeza yang diberikan suspek.
“Pemindahan wang berkenaan dilakukan menerusi 32 transaksi.
“Dia hanya menyedari tertipu selepas nombor telefonnya telah disekat oleh suspek,” katanya. Maizura berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment