Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan ROHANA MOHD. NAWI
HULU TERENGGANU – Impian seorang guru dan pengusaha kantin sekolah untuk berkahwin pada Hari Krismas ini, tidak tercapai apabila kenderaan yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring, Bukit Kawah di sini kelmarin.
Kemalangan pada pukul 5.30 pe tang itu mengorbankan Hassan Sha zali, 52, yang juga Penolong Kanan (Kokurikulum) Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir dan pasangannya, Suzai mah Che Azis, 34.
Pasangan bakal pengantin itu menjadi korban pertama yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 60.96 meter di jalan tersebut yang sudah hampir setahun ditu tup untuk kegunaan awam akibat tanah runtuh.
Ketika kejadian, pasangan itu dalam perjalanan pulang ke Kampung Lebir, Gua Musang, Kelantan dari Kuala Terengganu dengan menaiki kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) Toyota For tuner.
Nahas berlaku apabila mereka memasuki jalan yang telah lama ditutup itu sebelum melalui la luan sementara kontraktor un tuk melepasi kawasan runtuhan tanah.
Ketika melalui laluan itu, To yota Fortuner tersebut tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjunam ke dalam gaung se hingga Hassan dan Suzaimah ter campak keluar dari kenderaan mereka.
Sebelum ini, jalan yang ditutup itu menjadi akses ke daerah ini dan bandar raya Kuala Terengganu dari Gua Musang yang menjimatkan masa lebih dua jam ber banding melalui Machang dan Jeli, Kelantan yang mengambil masa empat hingga lima jam.Ibu Suzaimah, Fauziah Mah mud, 58, berkata, Suzaimah yang juga ibu tunggal anak tiga me rancang untuk bernikah dengan Hassan pada 25 Disember ini.
“Kami rancang adakan majlis kecil-kecilan sahaja dengan sebahagian barang hantaran sudah pun disiapkan.
“Sayu saya dimaklumkan polis, pakaian pengantin antara yang dijumpai dalam kenderaan dinaiki mereka,” katanya di pekarangan Unit Forensik Hos pital Hulu Terengganu di sini semalam.
Menurutnya, dia dimaklumkan Suzaimah yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik keluar dari rumah mereka di Kampung Lebir pada pukul 11.30 pagi kelmarin.
Pada mulanya, dia tidak tahu anak perempuannya keluar dengan Hassan.
“Sebaik dimaklumkan kema langan menimpa anak saya oleh jiran, saya terus menghubungi Cikgu Hassan, tetapi tidak ber jawab.
“Saya hanya mengetahui rupa-rupanya mereka sama-sama terlibat kemalangan selepas di hubungi polis pukul 7.30 malam,” katanya.
Ujarnya, Suzaimah dan Has san biasa keluar bersiar-siar dan makan hingga ke Penarik, Setiu dan mereka tidak pernah melalui lokasi kejadian itu.
Katanya, Suzaimah pernah menyuarakan hasrat untuk ber henti daripada menguruskan kantin SK Lebir apabila kembali berumah tangga.
Di Pasir Puteh, ibu Hassan, Mek Som Ishak, 82, berkata, dia dan keluarga sepatutnya mela mar Suzaimah di Kampung Lebir, Gua Musang pada 20 Disember ini, sebelum majlis akad nikah lima hari kemudian.Dia tidak menyangka anaknya tidak sempat melangsungkan perkahwinan buat kali kedua selepas berpisah dengan isteri pertama.
“Kali terakhir saya bercakap dengan arwah pada Sabtu lalu sebelum dia bertolak ke Kampung Lebir selepas pulang bercuti di rumah.
“Sepanjang berada di rumah, arwah ada menceritakan hasratnya untuk berkahwin dengan Suzaimah pada cuti Hari Kris mas,” katanya Kampung Kedai Menanti, Selising semalam.
Katanya, difahamkan, kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kampung Lebir selepas mem beli barangan persiapan perkah winan termasuk baju pengantin yang turut ditemukan di dalam SUV tersebut.



No comments:
Post a Comment