Translate

Monday, December 22, 2025

Ada kesan lebam lama, polis rampas pengangkut baju

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Polis tidak menolak kemungkinan bayi lelaki berusia 23 bulan yang maut minggu lalu didera berdasarkan kecederaan yang ketara pada tubuh mangsa.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, pemeriksaan mendapati terdapat banyak kesan  kecederaan, lebam lama dan baru ditemui pada tubuh mangsa  anak bongsu daripada dua beradik tersebut.

Polis turut merampas penyangkut baju berwarna hitam yang disyaki digunakan untuk memukul bayi tersebut.

“Bagaimanapun, kita masih belum memperolehi laporan penuh perubatan mangsa daripada pihak hospital.

“Setakat ini, empat individu telah diambil keterangan termasuk bapa kandung dan ibu tiri mangsa yang telah ditahan reman mulai semalam,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini semalam.

Mohd. Khairi berkata, dua lagi saksi yang telah dipanggil untuk memberi keterangan kes tersebut ialah doktor dan seorang jururawat yang merawat mangsa.

Beliau tidak menolak kemungkinanakan memanggil beberapa saksi lain termasuk ibu kandung mangsa yang menetap di Senai, Johor.

"Siasatan mendapati bayi itu tinggal bersama bapa kandung, ibu tiri dan abang yang berusia tigat tahun. Pasangan itu bernikah enam bulan lalu.

“Pemeriksaan ke atas abang mangsa yang kini ditempatkan sementara di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula tidak menemui sebarang kesan penderaan,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan pasangan suami isteri berusia 27 dan 30 tahun direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 susulan kematian bayi mereka yang berusia 23 bulan.

Mangsa yang meninggal dunia kerana pendarahan otak disebabkan kesan hentakan objek tumpul pada mulanya didakwa ketika memanjat pagar penghadang bilik pada 5 Ogos lalu.

No comments:

Post a Comment