KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga kerugian RM175,452.80 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket yang menawarkan tender pembekalan barangan sukan dan cenderamata kepada sebuah institusi pe ngajian tinggi (IPT) di Setiu yang tidak wujud.
Lelaki berusia 50 tahun yang meyedari ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 12.32 tengah malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, adik angkat mangsa menerima panggilan daripada suspek yang menawarkan tender tersebut dan kemudian menyerahkann kepada lelaki itu ekoran kekura ngan modal.
“Tender pembekalan tersebut kononnya ditawarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk sebuah kolej universiti yang terletak di Setiu.
“Mangsa bersetuju untuk membekalkan barangan sukan tersebut sebelum suspek yang mengenalkan diri kononnya pegawai KBS memohon penambahan cenderamata seperti buah kurma, replika keris dan plak pula,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Azli berkata, peniaga terbabit membuat pesanan cenderamata itu daripada pembekal seperti yang disyorkan oleh suspek.
Beliau memberitahu, lelaki itu kemudian membuat pembayaran menerusi beberapa transaksi ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek.
“Kesemua barangan tersebut sepatutnya dihantar ke kolej universiti berkenaan pada 8 Jun lalu. Begitupun mangsa mendapati tempahan bagi tender berkenaan sebenarnya tidak wujud, malah semakan mendapati suspek yang menghubunginya juga bukan kakitangan KBS,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment