Translate

Wednesday, December 10, 2025

Prof. Madya rugi RM172,000 diperdaya sindiket scam

 

KUALA TERENGGANU – Seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam di Terengganu berpangkat Prof. Madya kerugian keseluruhan RM172,170 selepas menjadi mangsa dua sindiket penipuan iaitu skim pelaburan tidak wujud dan ‘love scam’ hanya dalam tempoh kira-kira seminggu. 

Lelaki berusia 54 tahun yang masingmasing kerugian RM162,170 akibat diperdaya skim pelaburan kripto palsu dan RM10,000 bagi ‘love scam’ itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 3.12 petang kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku selepas ahli akademik itu diperkenalkan dengan skim pelaburan kripto oleh seorang wanita kononnya dari Hong Kong yang dikenalinya menerusi aplikasi perkenalan, TilMatch pada 15 Julai lalu. 

 “Mangsa yang tertarik menyertai skim kripto itu telah membuat pelaburan keseluruhan RM162,700 yang merupakan simpanan peribadinya. 

 “Transaksi menerusi akaun Luno miliknya dilakukan sebanyak lima kali antara 19 Julai hingga 25 Julai lalu,” katanya semalam. 

Azli berkata, pensyarah kanan berkenaan hanya menyedari tertipu apabila tidak dapat mengeluarkan keuntungannya tetapi diarah pula oleh suspek untuk terus membuat pelaburan. 

Dalam pada sama, beliau berkata, lelaki itu berkenalan dengan seorang wanita lain menerusi aplikasi perkenalan sama, TilMatch pada 7.15 pagi, 27 Julai lalu sebelum mereka menjalin percintaan alam maya. 

 “Wanita itu mendakwa mahu menghantar barang kepada mangsa sebelum dihubungi sus pek lain kononnya wakil syarikat kurier yang meminta lelaki tersebut membayar RM4,000 dengan alasan sebagai sebahagian kos penghantaran,” katanya.

No comments:

Post a Comment