KUALA TERENGGANU – Gara-gara tertarik dengan kerja sam bilan mudah yang menawarkan komisen sehingga 30 peratus, seorang kerani akaun berputih mata apabila mengalami kerugian RM18,573 akibat diperdaya sindiket penipuan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komi sioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, lelaki berusia 28 tahun itu tertarik dengan iklan tawaran kerja yang dilihatnya di laman web pada 30 Jun lalu.
Katanya, kerja sambilan tersebut mudah iaitu hanya menempah bilik hotel sebelum wang deposit yang diba yar akan dipulangkan bersama komisen.
“Mangsa dijanjikan akan menerima semula wang deposit bersama komisen apabila menyelesaikan tugasan pertama,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Menurutnya, kerani akaun itu yang seronok terus membuat tugasan kerja sambilan sehinga membelanjakan wang simpanannya berjumlah ke seluruhan RM18,573 bagi membuat tempahan bilik hotel.
Katanya, lelaki itu kemu dian mula sangsi apabila masih tidak menerima pemulangan wang deposit bersama komisen seperti yang dijanjikan sebelum ini.
“Suspek yang dihubungi memberi pelbagai alasan me nyebabkan mangsa akhirnya menyedari dia sudah tertipu.
“Wang simpanan miliknya RM18,573 lebur. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment