Translate

Tuesday, December 23, 2025

Bayi lelaki mati didera bapa, ibu tiri

Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI 

KUALA TERENGGANU – Selepas empat hari bertarung nyawa, seorang bayi yang disyaki menjadi mangsa dera bapa kan dung dan ibu tirinya menghem buskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini kelmarin. 

Bayi berusia 23 bulan itu dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu dan meninggal dunia kira kira pukul 2.05 petang. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, hasil bedah siasat anak bongsu daripada dua beradik itu maut disebabkan pendarahan otak akibat kesan pukulan objek tumpul. 

 “Hasil pemeriksaan pegawai perubatan telah mengesan le bam pada sekitar badan, muka dan leher mangsa, luka melecet serta kecederaan otak diper cayai bukan berpunca daripada kemalangan.

 “Bapa mangsa yang merupakan buruh berusia 27 tahun dan isterinya, seorang suri rumah berusia 30 tahun direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” ka tanya di sini semalam. 

Azli berkata, hasil soal siasat awal, pasangan suami isteri itu mengaku pernah memukul betis mangsa dengan penyangkut baju. 

Katanya, seorang lagi anak suspek berusia tiga tahun dise rahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) buat sementara waktu. 

Sementara itu, Azli berkata, pasangan suami isteri itu mendakwa kanak-kanak tersebut tidak sedarkan diri kerana impak terjatuh sewaktu memanjat pagar penghadang bilik pada pukul 11 pagi, Selasa lalu.

 “Mangsa dikatakan mengalami bengkak pada bahagian dahi akibat kejadian itu sebelum dirawat menggunakan ais oleh bapanya. 

Pada 6 Ogos, mangsa dikatakan dalam keadaan baik sebelum bapanya keluar dan meninggalkan mangsa bersama isterinya. 

“Bagaimanapun, kira-kira pukul 11 pagi lelaki itu pulang ke rumah dan melihat mangsa dalam keadaan tidur. Pada pukul 12 tengah hari, lelaki itu mendakwa cuba mengejutkan mangsa untuk memberi susu, namun tia da tindak balas,” katanya. 

Azli berkata, bapa mangsa yang menyangka anaknya mengalami sawan telah mengurut leher mangsa, namun tiada pe rubahan sebelum bayi lelaki itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Manir di sini sebelum dirujuk ke HSNZ.

No comments:

Post a Comment