Translate

Saturday, December 27, 2025

‘Ada orang alih tembok konkrit’

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

 HULU TERENGGANU – Pengguna jalan raya didapati tidak mengen dahkan papan tanda amaran yang dipasang di kawasan runtuhan ja lan di Kilometer (KM) 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring, Bukit Kawah, di sini. 

 Malah terdapat pengguna yang dikesan bertindak mengalihkan batuan konkrit dan dawai penghadang yang diletakkan di kawasan berkenaan semata-mata bagi melalui jalan sementara di bina pihak kontraktor.

Seorang pengguna dikenali Din, 50, berkata, biarpun telah dilarang pihak berkuasa, ramai pengguna tetap berdegil dan mahu melalui jalan sementara tersebut yang merupakan akses alternatif terdekat antara Gua Musang, Kelantan ke daerah ini dan bandar raya Kuala Terengganu. 

 “Sebelum berlaku kemalangan ini semalam (kelmarin), boleh dikatakan harihari jalan sementara itu dilalui kenderaan. 

 “Mereka bukan sahaja tidak mengendahkan papan tanda  amaran malah sanggup mengalihkan tembok konkrit dan dawai penghadang dipasang semata mata untuk melalui jalan pintas tersebut,” dakwanya.

 Dalam pada itu, pengguna lain yang mahu dikenali Adi, 35, berkata, laluan sementara yang dibina kontraktor pada bu lan lalu itu tidak selamat untuk kegunaan kenderaan awam ter utama pada musim hujan pada  masa ini.

 “Laluan tanah merah itu untuk kegunaan kerjakerja kon traktor dan sangat curam serta bersebelahan gaung yang terben tuk akibat runtuhan Jalan KM 52 Jalan Kuala Jeneris Sungai Gawi Aring, Bukit Kawah pada musim tengkujuh tahun lalu.

“Ia makin licin dan curam berikutan hujan sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ini,"  katanya.

 Sehubungan itu, Adi meng ge sa jalan sementara berkenaan di tutup sepenuhnya kepada peng guna bagi mengelakkan insiden meragut nyawa berulang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Ha nafiah Mat berkata, kerja-kerja pembaikan jalan terbabit yang runtuh sebelum ini dijangka bermula pada bulan Februari tahun depan. 

 “Kita sudah ambil inisiatif tutup jalan dengan memasang papan tanda dan kon batu pada kedudukan 150 meter dari arah Aring, Gua Musang dan 100 me terarah Kenyir di sini. 

 “Sudah banyak kali amaran dibuat tetapi segelintir pihak te tap lalu jalan sementara yang tidak selamat itu,” katanya.


No comments:

Post a Comment