KUALA TERENGGANU – Padah menawarkan perkhidmatan urut dan seks kepada pelanggan lelaki, seorang jurusolek lelaki yang berwatakan lembut dikenakan denda RM4,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini semalam.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Haikal Izzuan Adun, 20, yang berasal dari Ketereh, Kelantan membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Beliau memerintahkan hukuman tambahan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
"Kes LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) ini dipandang serius dan heboh diperkatakan berikutan serbuan di Kelantan baru-baru ini.
"Kamu juga orang Kelantan tetapi berlaku di Terengganu. Bukan salah negeri, orang Kelantan tetapi ia memberi tohmahan dan persespsi tidak baik terhadap orang Kelantan," katanya.
Muhammad Haikal Izzuan berasal Ketereh, Kelantan yang tidak diwakili peguam syarie membayar denda tersebut.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggalakkan orang ramai melakukan maksiat dengan menawarkan perkhidmatan urut dan seks menerusi aplikasi MiChat.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 10 malam, 1 Oktober 2024.
Risikan telah membawa kepada serbuan di sebuah inap desa yang menemui tertuduh bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya pada pukul 11.30 malam, 2 Oktober 2024.

No comments:
Post a Comment