Translate

Thursday, December 25, 2025

Perkasakan semula seni silat di sekolah

KEMAMAN – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) berhasrat untuk meningkatkan penyertaan murid dan pelajar sekolah termasuk bukan Me layu dalam seni bela diri Melayu tersebut. 

 Yang Dipertuan Pesaka Kuala Lumpur, Datuk Azman Abidin berkata, biarpun program Satu Sekolah, Satu Silat telah dilan car sejak hampir lapan tahun lalu, sambutan diterima teru tama dalam kalangan ibu bapa masih belum sebaik seni bela diri lain sepeti taekwondo dan karate. 

 “Ibu bapa sanggup memba yar untuk membolehkan anak anak mereka menyertai taek wondo dan karate tetapi tidak bagi silat biarpun percuma. 

 “Taekwondo dan karate bukan (seni bela diri) asal kita, tetapi silat bukan sahaja mampu juga mendidik jati diri anak anak malah ia warisan budaya tempatan,” katanya selepas merasmikan program him Satu Sekolah, Satu Silat di Chukai, di sini semalam. 

 Azman yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, Pesaka mahu memperkasa program Satu Sekolah, Satu Silat bagi memupuk penyatuan kaum dalam kalangan murid dan pela jar sekolah di negara ini.

 Katanya, silat mampu men jadi wadah unggul perpaduan dalam kalangan generasi muda. 

 “Saya percaya usaha ini pasti mendapat sokongan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibra him). 

 “Bagi menjayakannya, kita akan membuat modul persila tan yang seragam untuk dipelajari murid dan pelajar sekolah,” katanya.

No comments:

Post a Comment