Translate

Saturday, December 6, 2025

Pegawai bank gigit jari, hilang RM50,000 dalam 10 hari

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Hasrat seorang pegawai bank untuk mengaut keuntungan berganda bukan sahaja lebur, malah dia kerugian sebanyak RM50,692 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Mangsa yang menyedari tertipu membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md. Sani Md. Saleh berkata, kejadian bermula apabila mangsa tertarik dengan iklan skim pelaburan yang dilihat di Facebook pada 23 November lalu.

“Skim pelaburan tersebut kononnya menawarkan keuntungan tinggi dalam masa singkat. Mangsa kemudian membayar modal pelaburan berjumlah RM50,692,” katanya hari ini.

Menurutnya, pembayaran itu dilakukan secara berperingkat ke dalam tujuh akaun bank yang diberikan oleh suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment