Translate

Wednesday, December 12, 2018

Pemandu lori didakwa bunuh pencuri pisang

MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dipercayai mencuri pisang di kebun miliknya pada awal bulan ini.

Ismail Mohd. Don, 38, hanya mengangguk faham sewaktu pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda namun tiada pengakuan direkodkan. 

Berdasarkan pertuduhan, Ismail didakwa membunuh sehingga membawa kematian Salahudin Ismail, 46, di sebuah rumah di Kampung Tembakang, Bukit Payung, Marang antara pukul 3.15 petang hingga 4.45 petang, 3 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Kosmo! 5 Disember lalu melaporkan seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan me­nyayat hati apabila dia dibelasah sampai mati oleh seorang pekebun gara-gara tindakannya yang dipercayai mencuri beberapa tandan pisang nangka sebelum cuba menjual buah tersebut di sebuah rumah peraih di Kampung Tebakang, Bukit Payung dekat Marang. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment