Translate

Monday, December 17, 2018

Mangsa banjir Terengganu meningkat 1,471 orang

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1,471 mangsa melibatkan tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Kemaman dan Setiu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 10 malam, sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu sembilan di Hulu Terengganu, Kemaman (tujuh) dan Setiu (satu).

"Bilangan mangsa banjir di Hulu Terengganu meningkat kepada 1,034 mangsa banjir daripada 358 keluarga.


"Kemaman pula mencatatkan 404 mangsa daripada 99 keluarga manakala Setiu kekal dengan 13 mangsa daripada tiga keluarga," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment