Translate

Tuesday, December 11, 2018

Hujan lebat tiga hari di Kelantan, Terengganu dan Pahang

KUALA TERENGGANU - Seluruh Terengganu dan beberapa negeri lain diramal bakal dilanda hujan lebat selama tiga hari bermula esok.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca peringkat kuning melibatkan seluruh Terengganu dari Selasa hingga Khamis ini.

Beliau berkata, kawasan lain yang turut dijangka dilanda hujan lebat dalam tempoh berkenaan ialah Tumpat, Kota Bahru, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

"Perairan di semua kawasan terlibat termasuk Terengganu juga diramal akan berombak besar sehingga 3.5 meter dan menerima angin kencang antara 40 hingga 50 kilometer sejam.

"Sekteriat Bencana Terengganu telah bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir sepanjang tempoh tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment