Translate

Wednesday, December 12, 2018

Muka wanita ditampar, ditumbuk ketika cuba lerai pertengkaran

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

DUNGUN – Seorang wanita ditampar dan ditumbuk di pipi selepas dipercayai cuba meleraikan pertengkaran membabitkan sepasang suami isteri yang juga sepupunya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini pada Ahad lalu.

Lebih malang, dalam kejadian pukul 11.10 pagi itu, pekerja swasta berusia 39 tahun tersebut turut dituduh sebagai perosak rumah tangga pasangan ber­kenaan.

 Ketua Polis Daerah Dungun, Supe­rintendan Baharudin Abdullah berkata, semasa kejadian mangsa yang berada di pejabatnya di Jalan Jerangau-Jabor, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dida­tangi oleh sepupunya.

“Suami wanita (sepupunya) itu tiba-tiba masuk ke dalam pejabat dan berlaku pertengkaran antara pasangan tersebut.

“Mangsa cuba meredakan ke­adaan sebaliknya dimarahi oleh suspek yang mendakwa dia punca keretakan rumah tangga pasangan tersebut sebelum lelaki itu menampar dan menumbuk pipi mangsa,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Katanya, isteri suspek yang tergamam dengan perbuatan suaminya bertindak menghalau lelaki itu  keluar dari premis berkenaan.

Mangsa yang trauma membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Al-Muktafi Billah Shah.
“Usaha menahan suspek sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera,” kata­nya.

No comments:

Post a Comment