Translate

Friday, December 14, 2018

AirAsia mahu bantu tingkat jenama UniSZA

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Syarikat penerbangan tambang murah nasional, AirAsia Berhad (Air Asia) menawarkan kepakaran untuk membantu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meningkatkan jenama menjadi institusi pengajian tinggi awam tempatan (IPTA) yang gah di peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez berkata, membantu menonjolkan jenama UniSZA di mata dunia merupakan antara perancangannya sebaik dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah universiti tersebut pada awal Oktober lalu.

"Pengalaman saya ialah membina jenama. Saya telah melontar beberapa pandangan dan cadangan kepada Lembaga Pengarah UniSZA (berhubung rancangan penjenamaan).

"Terpulang kepada lembaga pengarah (UniSZA) untuk mengambil langkah seterusnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Ceramah Eksekutif kepada hampir 350 pelajar UniSZA di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr.  Ahmad Zubaidi Abdul Latiff.


Dalam ceramah selama hampir dua jam itu, Fernandez berkongsi pengalaman kerjayanya bermula sebagai akauntan di Virgin TV sehingga mengasaskan AirAsia yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah pertama negara. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment