Translate

Sunday, December 16, 2018

Mangsa banjir Terengganu tinggal 149 orang

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Banjir di Terengganu menunjukkan trend penurunan hari ini walaupun hujan kembali turun di beberapa kawasan di negeri ini sejak pukul 3 pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 8 pagi, hanya daerah Kemaman masih terjejas dengan banjir.

"Seramai 149 mangsa dari 35 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Kemaman.

"PPS tersebut ialah Balai Raya Padang Kemunting, Dewan Orang Ramai Teladas, Masjid Batu 16, Tebak dan Dewan Orang Ramai Batu 14," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Che Adam memberitahu, beberapa sungai di Besut, Setiu dan Hulu Terengganu kembali menunjukkan trend menaik namun sebaliknya di Dungun dan Kemaman.


Beliau berkata, enam sungai iaitu Sungai Besut, Sungai Chalok, Sungai Nerus, Sungai Telemong, Sungai Kemaman dan Sungai Setiu kini berada pada paras berjaga-jaga. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment