Translate

Sunday, December 16, 2018

Kemaman pulih, Hulu Terengganu dan Dungun kembali dilanda banjir

MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Hujan yang kembali turun sejak awal pagi menyebabkan daerah ini dan Dungun kembali dilanda banjir hari ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata,  sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang ditutup kelmarin kembali dibuka di daerah Hulu Terengganu iaitu PPS Kampung Pengkalan Ajal dan Kampung Sekayu, Masjid Kampung Ceting serta Balai Raya Kampung Pelandan.

"Setakat pukul 4 petang, kesemua PPS berkenaan kini menempatkan 152 mangsa daripada 35 keluarga.

"Kampung Besol Lama, Bukit Besi, Dungun turut kembali dilanda banjir hari ini yang telah menjejaskan 32 daripada tujuh keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, situasi banjir di daerah Kemaman telah pulih sepenuhnya dengan kesemua 149 mangsa banjir di daerah tersebut telah pulang ke rumah masing-masing bermula pada pukul 12 tengah hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment