Translate

Saturday, December 8, 2018

UniSZA mahu kekal identiti IPT komuniti

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) komited untuk mengekalkan identitinya sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) berkonsepkan komuniti yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Prof. Madya Dr. Mohd. Afandi Salleh berkata, UniSZA tidak mahu dilihat sebagai terlalu eksklusif kepada golongan akademik semata-mata, sebaliknya mahu pintu kampus tersebut sentiasa terbuka kepada orang ramai untuk turut bersama-sama menikmati kemudahannya.

“Selain program bersifat komuniti seperti berkhatan beramai-ramai yang melibatkan anak masyarakat setempat pada hari ini (semalam), Pusat Kesihatan UniSZA juga menyediakan perkhidmatan pakar dengan caj murah yang turut dibuka kepada orang ramai.

“Malah, kami juga sentiasa berkongsi kepakaran dalam pelbagai bidang bagi manfaat komuniti secara langsung,” katanya pada program berkhatan beramai-ramai di Pusat Kesihatan UniSZA yang dirasmikan Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latiff di sini semalam.

No comments:

Post a Comment