Translate

Sunday, December 16, 2018

Gadis China johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Xu Yang dari China muncul johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri edisi ke-12 bagi kategori Pelajar Antarabangsa di Universiti Sultan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Beliau yang merupakan pelajar tahun tiga jurusan Bahasa Melayu Universiti Pengajian-Pengajian Bahasa Asing Guangdong, China berjaya memikat barisan juri menerusi pidato bertajuk 'Mahasiswa Peneraju Kelangsungan Negara'.

Yang, 19, yang ayu berbusana songket berwarna jingga menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan, plak iringan dan sijil penyertaan yang disampaikan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Turut hadir pada pertandingan akhir PABM ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Ahmad Zubaidi Abd. Latiff.

Tempat kedua dan ketiga dua PABM bagi kategori Pelajar Antarabangsa pula dimenangi Aurore Jeannot, 27, dari Perancis dan Leon Woltermann, 22, dari Jerman.


Sementara itu, Muhamad Syahmi Akif Jamili, 23, dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sajaraj Mohd. Ali, 27, dari UniSZA pula muncul johan bagi kategori Alam Melayu dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment