Translate

Sunday, December 16, 2018

Dungun pulih, mangsa banjir Hulu Terengganu tinggal 64 orang

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Hujan yang mula reda sejak pagi membolehkan banjir yang melanda dua daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu dan Dungun sejak Khamis lalu semakin surut hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, Dungun telah pulih sepenuhnya daripada banjir manakala mangsa banjir di Hulu Terengganu pula tinggal 64 orang.

"Pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun iaitu Surau Kampung Besol Lama, Bukit Besi dan tiga PPS di Hulu Terengganu telah ditutup.


"Setakat pukul 1 tengah hari, hanya PPS Pengkalan Ajal, Ajil yang menempatkan 64 mangsa daripada 20 keluarga masih dibuka di Hulu Terengganu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment