Translate

Thursday, December 13, 2018

Kampung Merbau Menyusut, Setiu mula dilanda banjir

MOHD. AZLI ADLAN

SETIU - Hujan lebat berterusan sepanjang hari ini menyebabkan Kampung Merbau Menyusut dekat sini mula dilanda banjir.

Perkampungan itu mula dinaiki bah setinggi kira-kira 0.9 meter akibat limpahan Sungai Nerus pada pukul 7 malam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, sebuah pusat pemindahan sementara telah dibuka di Masjid Merbau Menyusut dekat sini pada pukul 9 malam.

"Seramai 40 mangsa telah 12 keluarga telah berpindah ke pusat pemindahan sementara berkenaan setelah rumah masing-masing dinaiki banjir.

"Mereka terdiri daripada lima lelaki dewasa, 20 wanita dewasa dan 15 kanak-kanak," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Che Adam berkata,  banjir yang melanda i Kampung Merbau Menyusut dekat sini berpunca daripada hujan lebat dengan purata taburannya ialah 86 milimeter.


Menurut beliau, paras air Sungai Nerus kini juga menunjukkan trend menaik setinggi 20.93 meter iaitu melepasi paras amaran - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment