Translate

Monday, December 3, 2018

JPN kesal sikap segelintir ibu bapa masih culas daftar kelahiran anak

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegur sikap kurang prihatin sesetengah ibu bapa yang masih memandang mudah proses pendaftaran kelahiran anak masing-masing sehingga menimbulkan masalah kepada masa depan kanak-kanak tersebut di kemudian hari.

Ketua Pengarah JPN , Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata,  antara cabaran dihadapi JPN ialah sikap sesetengah orang kita yang tidak mengambil berat pendaftaran kelahiran anak walaupun menetap di kawasan bandar besar termasuk Kuala Lumpur.

Beliau berkata, agensinya sering berhadapan dengan karenah segelintir ibu bapa dan penjaga yang lewat mendaftarkan kelahiran anak mereka sehingga tempoh tujuh tahun.

"Mereka baru kelam-kabut pergi ke pejabat JPN apabila proses pendaftaran anak ke sekolah pada usia enam atau tujuh tahun terganggu.


"Masa itu baru paksa JPN cepat-cepat keluarkan sijil kelahiran anak mereka sedangkan prosedurnya perlu memakan masa bagi menyiasat kesahihan memandangkan kelewatan sudah berlaku dalam tempoh enam dan tujuh tahun," katanya selepas menghadiri majlis Temu Mesra bersama Media yang turut dihadiri Pengarah JPN Terengganu, Mohamad Nasir Kareem di sini semalam. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment