Translate

Thursday, November 19, 2015

Jamil Khir saman Pengarah NOW

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA LUMPUR - Menteri Jabatan di Perdana Menteri, Datui Seri Jamil Khir Baharom memfailkan tuntutan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Tuntutan saman itu berhubung kenyataan didakwa tidak benar dan berniat jahat oleh Akmal yang menuduh kononnya Jamil Khir telah menyalahguna wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.
Penyataan tuntutan itu difailkan oleh peguam, Adnan Seman di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi pada pukul 2 petang, hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment