Translate

Wednesday, May 23, 2018

TFC I tumpaskan Perak 2-0

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Skuad Terengganu Football Club I (TFC I) meneruskan momentum kemenangan apabila menumpaskan Perak 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu juga membolehkan TFC I menebus kekalahan 2-3 kepada skuad sama pada pusingan pertama liga di gelanggang lawan baru-baru ini.

Penyerang sensasi skuad Penyu, Tchetche Kipre muncul wira selepas meledak kedua-dua gol pada minit ke-27 dan 51.

Ketajaman Kipre yang kini berada di carta teratas penjaring terbanyak Liga Super bermula selepas dia menyempurnakan sepakan penalti pada minit 27.

Terdahulu pengadil, Razlan Joffri Ali tidak teragak-agak menghadiahkan tuan ruman dengan sepakan penalti selepas pemain tengah TFC I, J. Partiban dijatuhkan pemain pertahanan Perak, Shahrul Mohd. Saad di kotak penalti pelawat.

Kipre yang berasal dari Ivory Coast kemudiannya terus cemerlang menewaskan penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam buat kali kedua pada minit ke-51.

Peluang terbaik skuad Bos Gaurus terhidang pada minit ke-66 namun kapten pasukan, Mohamad Nasir Basharudin gagal menyempurnakan susulan percubaan Wander Luiz Junior yang terkena palang walaupun penjaga gawang TFC I, Wan Muhammad Azraie Wan Teh sudah tertewas. - K! ONLINE


No comments:

Post a Comment