Translate

Monday, May 14, 2018

Ahmad Samsuri mula tugas hari ini

MOHD. AZLI ADLAN dan KAMARIAH KHALIDI

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dr. Ahmad Samsuri mula memasuki pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini  untuk memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Terengganu hari ini.

Ahmad Samsuri yang ditemani isterinya, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman tiba di pusat pentadbiran negeri tersebut pada pukul 8.50 pagi disambut oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk A. Rahman Yahya.

Turut mengiringinya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Husain Awang dan barisan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu.

Sejurus mengetik perakam waktu di pejabatnya pada 8.55 pagi, beliau menunaikan solat hajat bersama kakitangan kerajaan negeri.

Ahmad Samsuri  kemudiannya mengadakan mesyuarat tertutup bersama pegawai-pegawai kerajaan negeri.


Terdahulu, beliau yang mengangkat sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini pada Jumaat lalu. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment