Translate

Tuesday, May 1, 2018

Kedah puas hati raih satu mata di Kuala Terengganu

KEDAH puas biarpun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi Liga Super menentang Terengganu Football Club I (TFC I) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.

Pengendali Kedah, Mohd. Nidzam Adzha Yusoff mengakui skuad kendaliannya bertandang ke Kuala Terengganu dengan misi sekadar mengutip satu mata.

“Di atas kertas, saya akui TFC I jauh lebih baik dari segi kualiti pemain dan prestasi. Begitupun, alhamdulillah, pemain-pemain mengikut perancangan yang telah saya atur.

“Anak-anak buah saya bermain secara bersabar dan tersusun sehingga mampu mengikat tuan rumah bagi membolehkan kami pulang dengan satu mata berharga,” katanya.

Mohd. Nidzam berkata, keputusannya memasukkan Muhammad Akhyar Abdul Rashid untuk menggantikan Andik Vermansah bagi memulakan separuh masa kedua merupakan faktor penting mengubah tempoh permainan skuad Kedah.

Menurut beliau, Akhyar telah menghidupkan semula jentera tengah Kedah yang gagal berfungsi dengan baik sehingga ketinggalan satu gol pada babak pertama.

“Saya juga terpaksa menurunkan dua pemain import iaitu Sandro Da Silva dan Andik atas faktor yang lain mengalami kecederaan serta masalah prestasi.

“Oleh itu, saya puji pemain-pemain tempatan termasuk Akhyar yang dapat melaksanakan taktik permainan saya dengan baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment