MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Kumpulan TDM Berhad (TDM) merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM52.3 juta pada tahun kewangan 2017.
Pengerusi TDM, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata, ia merupakan peningkatan 49 peratus berbanding RM35.1 juta yang diperolehi pada tahun 2016.
Beliau berkata, hasil pendapatan TDM pada tahun kewangan sama juga meningkat kepada RM448.8 juta berbanding RM428.5 juta pada tahun sebelumnya.
"Sehubungan itu, dividen 0.5 sen bagi setiap saham akan dibayar kepada pemegang syer melibatkan pembayaran kira-kira RM8.3 juta.
"Ia selaras dengan polisi TDM yang menetapkan pembayaran dividen berdasarkan 36 peratus keuntungan semasa selepas cukai dan kepentingan minoriti," katanya selepas mempengerusi Mesyuarat Agung Tahunan TDM di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TDM, Datuk Mohamat Muda. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment