Translate

Sunday, May 6, 2018

Momentum sokongan BN di Dungun semakin memberansangkan

MOHD. AZLI ADLAN

DUNGUN - Barisan Nasional (BN) Terengganu semakin yakin mampu menawan sekurang-kurang tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Dungun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din Adam berkata, momentum sokongan rakyat terhadap BN di parlimen tersebut semakin meningkat menjelang tiga hari tamatnya tempoh berkempen pada Selasa ini.

Beliau yang juga calon BN Parlimen Dungun berkata, penerimaan pengundi terhadap kesemua calon parti itu yang ditampilkan untuk empat DUN terlibat iaitu Rantau Abang, Sura, Paka dan Bukit Besi juga menunjukkan trend memberangsangkan.

"Berdasarkan momentum semasa, BN berkeyakinan mampu mengekalkan DUN Bukit Besi yang dimenangi pada PRU-13.

"DUN Rantau Abang dan DUN Paka juga mempunyai potensi besar untuk dirampas semula," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Program Pemajuan Kawasan Taman Madani di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dekat sini hari ini.

Din berkata, sekiranya ketiga-tiga DUN berkenaan mampu dimenangi, peluang Parlimen Dungun kembali kepada BN pada PRU-14 ini juga agak cerah.


Pada PRU-13, Wan Hassan Mohd. Ramli dari Pas memenangi kerusi Parlimen Dungun dengan majoriti 3,942 undi. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment