Translate

Tuesday, May 15, 2018

Ahmad Samsuri mula bekerja

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang daripada Pas, Dr. Ahmad Samsuri secara rasminya memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar  Terengganu ke-15.

Ahmad Samsuri yang ditemani isterinya, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman tiba di Wisma Darul Iman di sini pada pukul 8.50 pagi disambut Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk A. Rahman Yahya dan diiringi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya syukur dan teruja memulakan tugas sebagai Menteri Besar Terengganu tetapi pada masa sama saya takut kerana bimbang tidak dapat memenuhi amanah yang diberikan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Jumaat lalu, Ahmad Samsuri mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini.

Beliau yang pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 memenangi kerusi DUN Rhu Rendang dengan menewaskan dua pencabar, Zarawi Sulong dari Parti Keadilan Rakyat dan Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (Barisan Nasional) dengan majoriti 6,028 undi.

No comments:

Post a Comment