Translate

Monday, May 21, 2018

Lima suspek termasuk dalang utama edar dadah diberkas

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KEMAMAN – Sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif di daerah ini sejak awal tahun lalu lumpuh selepas lima anggotanya diberkas polis di sebuah premis di Kampung Mak Chili Paya, Chukai di sini pada Jumaat lalu.

Dalam serbuan pada pukul 2.30 pagi itu,  polis berjaya merampas sejumlah dadah dipercayai jenis heroin, syabu dan pil yaba.

Turut dirampas adalah kenderaan pelbagai jenis, Toyota Wish dan motosikal jenis Yahama Nouva LC dengan nilai keseluruhan barang rampasan berjumlah RM60,860.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, serbuan terbabit berjaya menahan kelima-lima suspek yang berusia dalam lingku­ngan antara 25 hingga 41 tahun.

“Pemeriksaan pada badan suspek berusia 36 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket berkenaan telah menjumpai sebuah beg kecil yang mengan­dungi 190 pil berwarna merah dipercayai pil yaba dan serbuk serta ketulan kristal disyaki dadah jenis heroin.

“Polis juga menjumpai beberapa plastik mengandungi ketulan kristal disyaki syabu, 30 biji pil berwarna merah dipercayai pil yaba dan serbuk yang turut dipercayai pil yaba di sekitar premis berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini semalam.

Menurutnya, sebuah pemetik api, alat penimbang digital dan botol kaca yang telah diubahsuai disyaki digunakan sebagai alat penagihan dadah turut berjaya dirampas dalam serbuan itu.

“Sebuah MPV jenis Toyota Wish dan motosikal jenis Yahama Nouva LC yang masing-masing bernilai RM45,000 dan RM3,500 dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah turut disita.

“Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan aktif mengedar dadah di sekitar da­erah ini sejak lima bulan lalu dan mereka mendapat bekalan dari Pengerang, Johor pada setiap minggu,” ujarnya.

Sementara itu katanya, ujian air kencing mendapati empat daripada lima suspek positif dadah dan semakan rekod pula menunjukkan dalang utama sindiket itu mempunyai satu rekod kesalahan lampau melibatkan penyalahgunaan dadah pada 2015.

“Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment