Translate

Friday, May 25, 2018

Kakitangan Kolej Siswa UMT hadiri bengkel pemantapan

BENGKEL. Seramai 22 kakitangan Kolej Siswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menghadiri Bengkel Perancangan Strategik Pengurusan dan Pemantapan Kerja Fail Meja di De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Penolong Pendaftar Kolej Siswa UMT, Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman berkata, bengkel selama tiga hari berkenaan dirasmikan Pengetua Kolej Siswa UMT, Awang Koding Che Tom.

“Bengkel tersebut bertujuan mengemaskini prosedur tugas dan tanggungjawab kakitangan serta memantapkan kecekapan ?pentadbiran dan operasi kolej siswa UMT yang dihuni hampir 4,000 pelajar,” katanya.

No comments:

Post a Comment