Translate

Saturday, May 12, 2018

BN Terengganu akur pilihan rakyat dalam PRU-14

KUALA TERENGGANU –  Barisan Nasional (BN) Terengganu menerima keputusan rakyat negeri ini memilih Pas untuk membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, BN akan memberi kerjasama bagi memastikan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

“Saya bagi pihak BN Terengganu mengucapkan tahniah kepada parti Pas di atas kemenangan mereka. Rakyat telah membuat pilihan dan kita hormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ahmad Razif berkata, beliau berharap semua di Terengganu dapat bertenang kerana pihak yang menang tidak menang semua manakala yang kalah pula tidak kalah semua.

Beliau yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu juga meminta sedikit masa untuk bertenang bagi membuat perancangan seterusnya.

Pada PRU-14, Pas memperolehi 22 kerusi manakala BN pula mendapat 10 kerusi Dewan Undangan Negeri.

No comments:

Post a Comment