Translate

Wednesday, May 9, 2018

Nasib nelayan terus terbela di bawah BN

MOHD. AZLI ADLAN

DUNGUN - Kebajikan golongan nelayan di negara ini dijamin terus terbela sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemberian bantuan seperti elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan dan skim insurans berkelompok membuktikan komitmen kerajaan yang memahami denyut nadi  golongan nelayan.

"Saya selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani amat memahami kehidupan nelayan kerana berasal dari Kijal, Kemaman. Masa musim tengkujuh, hidup cukup susah sampai kadang-kadang hendak makan pun tidak mampu sebab keputusan kewangan akibat tidak dapat turun ke laut.

"Sebab itu, kerajaan beri elaun sara hidup bulanan supaya nelayan dapat beli beras dan barangan keperluan. Mula-mula RM200 masa zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kemudian dinaikkan kepada RM300 selepas Datuk Seri Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri," katanya ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama nelayan Dungun di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, skim insurans berkelompok yang menawarkan pampasan sehingga RM150,000 pula bertujuan menjamin kebajikan keluarga nelayan sekiranya berlakunya musibah kerana kerajaan amat memahami pekerjaan nelayan amat berisiko dengan terpaksa mengharung ombak laut tidak dijangka setiap kali turun ke laut.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib memang prihatin dengan kebajikan rakyat dan saya berkeyakinan beliau mungkin akan menaikkan elaun sara hidup nelayan sekiranya BN memenangi PRU-14 dan hasil negara bertambah.  - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment