Translate

Wednesday, May 9, 2018

Pengundi Terengganu diseru keluar mengundi seawal mungkin

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman menyeru 736,632 pengundi di negeri ini keluar seramai mungkin untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada esok.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir berkata, mereka juga dinasihatkan menunaikan kewajipan masing-masing seawal mungkin di pusat pengundian masing-masing.

"Cuaca sekarang ini (di Terengganu) agak panas, pastikan keluar mengundi awal demi keselesaan. Jika lewat, saya bimbang kemungkinan cuaca akan berubah hujan atau lalu lintas semakin sesak pada sebelah petang.

"Saya mohon mereka membuat keputusan berdasarkan penilaian sewajarnya bukan secara emosi semata-mata," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Permata, Seberang Takir di sini hari ini.

Turut hadir calon BN Parlimen Kuala Nerus, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Ahmad Razif berkata, beliau dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir di sini.


Terengganu menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan BN, Pasti dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kesemuanya lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN pada PRU-14. Pada PRU-13, BN menguasai 17 kerusi, Pas (14) dan PKR (satu). - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment