Translate

Monday, May 21, 2018

Anggota polis berkerusi roda akibat serangan strok tunaikan tanggungjawab

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu masih dalam pemulihan akibat terkena serangan strok tidak menjadikan ia alasan untuk culas daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada hari ini.

Abdullah Awang, 55, yang berpangkat sarjan berkata, beliau berasa bertanggungjawab untuk menunaikan kewajipan sebagai rakyat dengan mengundi biarpun bahagian kanan tubuhnya termasuk tangan masih kurang berfungsi akibat serangan strok pada enam bulan lalu.

Beliau yang bertugas di Bahagian Logistik IPK Terengganu berkata, beliau yang berkerusi roda akan mengundi dengan bantuan isterinya, Hasmi Aman, 56. 

"Saya teruja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi kali kesembilan sejak menyertai perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1982.


"Saya sekeluarga menetap di kampung di Jerangau, Hulu Terengganu sejak saya bercuti sakit. Hari ini kami gerak selepas (solat) Subuh untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di IPK Terengganu," katanya ketika ditemui Kosmo! di pekarangan Dewan Budaya, IPK Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE 

No comments:

Post a Comment