Translate

Saturday, May 5, 2018

PPR Jerteh bakal sedia 500 unit rumah

MOHD. AZLI ADLAN

BESUT - Barisan Nasional (BN) membuktikan komitmen membantu rakyat terutama dalam kalangan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri dengan melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jerteh di Kampung Padang Tapong, Jerteh di sini hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Idris Jusoh berkata, PPR Jerteh merupakan projek ketiga di bawah skim perumahan tersebut di Terengganu.

Beliau yang juga calon Ahli Parlimen Besut berkata, dua PPR di negeri sebelum ini ialah PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu yang mempunyai 1,002 rumah rumah dan PPR Bukit Nanas di Kuala Nerus (500 unit rumah).

"PPR Padang Hiliran sudah dihuni sejak dua tahun lalu manakala PPR Bukit Nanas pula sedang dalam pembinaan. 

"PPR Jerteh bakal mempunyai 500 unit rumah berkonsepkan pangsapuri itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021," katanya selepas merasmikan projek PPR Jerteh di Kampung Padang Tapong di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),  Datuk Seri Mohammad Mentek dan calon Dewan Undangan Negeri Jerteh, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Idris berkata, setiap unit rumah PPR Jerteh dijual pada harga RM35,000 walaupun kos pembinaannya bernilai RM195,000 setelah kerajaan diterajui BN memberi subsidi RM160,000.


Menurut beliau lagi, pembeli yang menghadapi masalah pinjaman perumahan dengan pihak bank pula boleh memiliki rumah PPR tersebut menerusi konsep sewa beli dengan kadar sewaan RM124 sebulan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment