Translate

Sunday, May 13, 2018

Empat kes penyalahgunaan MyKad di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu me­nerima empat laporan berhubung penyalahgunaan MyKad oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga pemilik sebenar gagal mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, keempat-empat aduan tersebut diterima di Chukai, Dungun, Kuala Nerus dan Manir.

“Kesemua mangsa dalam keempat-empat kes berkenaan tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana nama mereka telah dipotong dari senarai buku daftar pengundi.

“Ia berlaku disebabkan wujud individu lain yang masih belum dikenal pasti telah menyalahgunakan MyKad setiap pengadu terbabit untuk me­ngundi sebelum mangsa tiba di pusat pengundian masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kesemua kes itu masih dalam siasatan mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

No comments:

Post a Comment