Translate

Wednesday, May 9, 2018

19 laluan di Terengganu ditutup untuk proses perjumlahan undi bermula pukul 4 petang ini

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 19 laluan di enam daerah di negeri ini terutama yang terletak berhampiran pusat penjumlahan undi akan ditutup untuk pengguna jalan raya secara berperingkat bermula pada pukul 4 petang ini. 

Ketua Polis Terenganu, Datuk Aidi Ismail berkata, di Kuala Terengganu, sebahagian Jalan Sultan Mahmud dari Stadium Negeri sehingga Bulatan Ladang di sini akan ditutup untuk kegunaan trafik bermula pukul 7 petang ini.

Beliau berkata, Jalan Pejabat di sini dan sekitar yang berdekatan dengan Wisma Darul Iman yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Terengganu juga ditutup pada waktu sama.

"Di Kuala Nerus, Jalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan terlibat dengan penutupan jalan sempena proses penjumlahan undi bagi Parlimen tersebut yang akan dilakukan di pejabat Majlis Sukan Negeri.

"Lima laluan di Kemaman iaitu Jalan Sulaiman- Air Putih, Jalan Mak Chili-Chukai, Jalan Padang Astaka-Chukai, simpang tiga ke Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan laluan di belakang Dewan MPK juga bakal ditutup untuk kegunaan trafik bermula pada pukul 7 petang ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Aidi berkata, lima laluan juga akan ditutup di Besut melibatkan Jalan Jerteh-Kampung Raja, lencongan Jerteh ke Kampung Raja berhampiran Jalan Haji Wan Latif dan Jalan Gong Nering, Jalan Kampung Raja-Jertih, lencongan Kampung Raja ke Jertih berhampiran Jalan Darang Dayang Buaya Gong Nering dan simpang tiga Haji Wan Latiff ke Mak Sara.

Menurut beliau. Dungun pula akan menyaksikan tiga laluan akan ditutup iaitu Jalan Merbok, Bulatan Sultan Omar, Jalan Pejabat dan berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun bermula pukul 4 petang.

"Dua laluan di Hulu Terengganu juga ditutup sempena proses penjumlahan undi iaitu laluan sepanjang Majlis Daerah Hulu Terengganu sehingga Bulatan Kampung Buloh dan lencongan Bulatan Kampung Buloh ke Jalan Pasar.


"Begitupun tiada laluan di Marang dan Setiu akan ditutup. Kesemua laluan yang ditutup berkenaan pula akan dibuka semula untuk kegunaan trafik selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 oleh pengawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya di kawasan-kawasan terlibat selesai sepenuhnya," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment