Translate

Saturday, May 19, 2018

Senarai portfolio Exco kerajaan negeri Terengganu diumum

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan senarai portfolio 11 Ahli Majlis Kerajaan Negeri termasuk beliau sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang memegang portfolio Perancang, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli.

Berikut merupakan senarai penuh 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu : 

1. Satiful Bahri Mamat
ADUN Paka
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

2. Dr. Alias Razak 
ADUN Bukit Tunggal
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

3. Mohd. Nor Hamzah 
ADUN Bukit Payung
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan

4. Dr. Azman Ibrahim
ADUN Jabi
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa

5. Datuk Tengku Hassan Tengku Omar 
ADUN Ladang
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran.

6. Ariffin Deraman 
ADUN Alor Limbat
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat

7. Hanafiah Mat
ADUN Cukai
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional

8. Wan Sukairi Wan Abdullah
ADUN Wakaf Mempelam
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan.

9. Dr. Mamad Puteh 
ADUN Kuala Berang
Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau

10. Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman 
ADUN Kota Putera

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja.

No comments:

Post a Comment